English translation not available for this content.
logo kpt black

KENYATAAN MEDIA

PELANTIKAN SEMULA NAIB CANSELOR UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG AL-SULTAN ABDULLAH


Sukacita dimaklumkan bahawa YBhg. Dato’ Prof. Ts. Dr. Yuserrie bin Zainuddin dilantik semula sebagai Naib Canselor Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) bagi tempoh satu (1) tahun berkuat kuasa mulai 1 November 2023 hingga 31 Oktober 2024.

Pelantikan semula ini bagi membolehkan YBhg. Dato’ Prof. Ts. Dr. Yuserrie bin Zainuddin meneruskan perancangan untuk memacu UMPSA sebagai sebuah universiti teknikal yang berteraskan teknologi dan kejuruteraan khususnya dalam melahirkan graduan berkemahiran tinggi bagi memenuhi kehendak industri.

Kementerian yakin dengan pelantikan semula YBhg. Dato’ Prof. Ts. Dr. Yuserrie bin Zainuddin sebagai Naib Canselor UMPSA dapat memperkasakan sistem kemahiran nasional melalui pendekatan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) termaju hasil sinergi dengan pemain industri dan pihak berkepentingan.

Kementerian Pendidikan Tinggi
2 November 2023

Muat Turun:

  pdf Kenyataan Media Pelantikan Semula Naib Canselor Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah.pdf (99 KB)

  • Last updated on .
  • Hits: 4439
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Tuesday 09 April 2024, 09:42:49.