English translation not available for this content.

logo kpt black

KENYATAAN MEDIA

KPT PERKUKUH INISIATIF PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM TALIAN MELALUI KERJASAMA MALAYSIAN ACADEMIC CONSORTIUM (MAC) SDN. BHD.


Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) melalui Jabatan Pendidikan Tinggi dan Malaysian Academic Consortium (MAC) menjalinkan kerjasama menjayakan inisiatif pengajaran dan pembelajaran (PdP) dalam talian melalui platform yang lebih terbuka dan bersepadu dikenali sebagai pelantar Kolektif.

Kerjasama dimeterai melalui Majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) diwakili oleh Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Jabatan Pendidikan Tinggi, YBrs. Prof. Dr. Azlinda binti Azman dan pengerusi Malaysian Academic Consortium Sdn. Bhd, YBhg. Dato' Dr. Shahril bin Prof. Tan Sri Datuk Dr. Haji Mohamed Haniffa dengan disaksikan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin dan pengerusi eksekutif MAHSA Sdn. Bhd., YB Senator Prof. Tan Sri Datuk Dr. Hj. Mohamed Haniffa bin Hj. Abdullah.

Inisiatif KPT dan MAC melalui pelantar Kolektif seperti micro credentials ini akan memperkukuhkan lagi kaedah penyampaian PdP melalui bahan- bahan yang menggunakan automasi dan teknologi baharu seperti Kecerdasan Buatan (AI).

Pada masa kini, kesemua 20 buah IPT awam sedang mengorak langkah dalam menawarkan PdP dalam talian terutamanya dalam bentuk micro credentials secara meluas. Penggunaan pelantar Kolektif kelak akan mewujudkan ruang serta peluang untuk memperluaskan pemasaran penawaran micro credentials pada peringkat kebangsaan mahu pun antarabangsa.

Pendekatan pembelajaran melalui platform yang terbuka dan bersepadu bukan sahaja dijangka dapat melonjakkan inovasi PdP sedia ada yang dipacukan oleh teknologi digital terkini malahan penawaran micro credentials dijangka akan dapat membantu KPT dalam memperkukuhkan serta menyokong agenda Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) sebagai agenda pendidikan utama negara.

Konsep pelantar Kolektif juga bergerak seiring dengan salah satu daripada 11 agenda utama KPT iaitu pembangunan prasarana digital yang dapat memacu sektor pendidikan tinggi bagi mengurus pelbagai perubahan dan ledakan teknologi seiring dengan perubahan hari ini dan esok.

Jabatan Pendidikan Tinggi
Kementerian Pendidikan Tinggi
12 Disember 2023

Muat Turun:

  pdf Siaran Media - KPT Perkukuh Inisiatif Pengajaran Dan Pembelajaran Dalam Talian Melalui Kerjasama Malaysian Academic Consortium (MAC) Sdn. Bhd. (86 KB)

  • Last updated on .
  • Hits: 9013
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Wednesday 09 October 2024, 08:12:06.

sirim-logo