English translation not available for this content.
logo kpt black

KENYATAAN MEDIA

PELANTIKAN NAIB CANSELOR UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK


Kementerian dengan ini mengumumkan bahawa YBrs. Prof. Dr. Ahmad Hata bin Rasit, 54 tahun, dilantik sebagai Naib Canselor Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) baharu bagi tempoh tiga (3) tahun berkuat kuasa mulai 8 Januari 2024 hingga 7 Januari 2027.

YBrs. Prof. Dr. Ahmad Hata bin Rasit berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Perubatan dan Ijazah Doktor Perubatan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada tahun 1991 dan 1994 sebelum melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Surgeri (Ortopedik) dari universiti yang sama pada tahun 2001. Beliau memiliki pengalaman yang luas dalam pentadbiran organisasi di peringkat universiti. Beliau merupakan penyandang Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UNIMAS dari tahun 2019 dan pernah menjawat jawatan sebagai Dekan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, UNIMAS selama tujuh (7) tahun dari tahun 2012.

Pelantikan beliau dilihat mampu meneruskan agenda merakyatkan universiti dan menyumbang kepada pembangunan anak negeri Sarawak melalui kerjasama strategik dengan Kerajaan Negeri dan Persekutuan.

Kementerian juga yakin pelantikan YBrs. Prof. Dr. Ahmad Hata bin Rasit mampu memacu kecemerlangan UNIMAS sebagai sebuah Universiti Komprehensif yang berteraskan kepada tiga (3) bidang tujahan iaitu pemuliharaan biodiversiti dan alam sekitar, teknologi maklumat, komunikasi dan kreatif serta kelestarian transformasi komuniti.

Kementerian turut mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi- tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YBhg. Datuk Prof. Dr. Mohamad Kadim bin Suaidi atas jasa bakti beliau sepanjang menerajui UNIMAS sebelum ini.

Kementerian Pendidikan Tinggi
3 Januari 2024

Muat Turun:

  pdf 2024-01-03-Kenyataan Media-KPT-Pelantikan-NC-UNIMAS.pdf (37 KB) pdf (105 KB)

  • Last updated on .
  • Hits: 6543
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Monday 15 April 2024, 21:14:58.