English translation not available for this content.

logo kpt black

KENYATAAN MEDIA

PERMOHONAN UPUONLINE® BAGI KEMASUKAN KE INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI AWAM (IPTA) DAN INSTITUSI LATIHAN KEMAHIRAN AWAM (ILKA) SESI AKADEMIK 2023/2024


  1. Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan kemasukan pelajar Sesi Akademik 2023/2024 ke program Asasi, Sijil, Diploma & Ijazah Sarjana Muda di 20 Universiti Awam (UA), 36 Politeknik, 105 Kolej Komuniti dan 4 Institusi Kemahiran Tinggi Awam (ILKA) melalui UPUOnline® akan dibuka dari 7 Februari 2023 hingga 28 Mac 2023 bagi permohonan Fasa Pertama dan pada 15 Mei 2023 hingga 12 Jun 2023 bagi permohonan Fasa Kedua.
  1. Permohonan terbuka untuk pelajar Lepasan SPM dan STPM/Setaraf untuk semua program pengajian bagi permohonan Fasa Pertama, manakala hanya program pengajian yang tidak bertemu duga dan/atau ujian dibuka bagi permohonan Fasa
  1. Selaras dengan hasrat Kerajaan bagi meringankan beban rakyat dan meningkatkan akses kepada pendidikan tinggi, sukacita diumumkan bahawa kos sebanyak RM15.00 sebagai Bayaran Proses UPUOnline® bagi mendapatkan Unik ID akan ditanggung sepenuhnya Kementerian Pendidikan Tinggi.
  1. Dijangkakan bahawa lebih 350,000 calon lepasan SPM dan STPM/Setaraf akan mendapat manfaat daripada inisiatif ini yang akan membawa kepada implikasi kewangan sebanyak RM5.25 juta kepada Kementerian Pendidikan Tinggi.
  1. Semua calon yang berkelayakan adalah dipelawa mengambil peluang ini bagi menyambung pengajian di peringkat pendidikan tinggi. Terdapat sebanyak 471 buah program pengajian ditawarkan kepada Lepasan SPM dan 1,088 buah program pengajian ditawarkan kepada Lepasan STPM/Setaraf oleh UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA seluruh negara.
  1. Sebarang pertanyaan berkenaan dengan permohonan UPUOnline® tersebut boleh diajukan ke Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA secara terus di alamat berikut:-

BAHAGIAN KEMASUKAN PELAJAR IPTA JABATAN PENDIDIKAN TINGGI
ARAS 4, MENARA 2, JALAN P5/6, PRESINT 5,
62000 PUTRAJAYA, WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA

No. Tel: 03-8684 2363
E-mel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. Facebook: KEMASUKAN BPKP JPT
Instagram: @KEMASUKANBPKA

Kementerian Pendidikan Tinggi
6 FEBRUARI 2023

Muat Turun:

pdf Kenyataan Media UPU 2023.pdf (43 KB)

  • Last updated on .
  • Hits: 8706
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Friday 19 July 2024, 10:52:23.