English translation not available for this content.

logo kpt black

KENYATAAN MEDIA

PENGANTARABANGSAAN PENDIDIKAN TINGGI MALAYSIA TERUS DIPERKASA


Ketika di The Education World Forum (EWF) 2024, London, United Kingdom, saya berkesempatan mengadakan beberapa mesyuarat dua hala dengan rakan sejawatan. Antaranya dari Tarjikistan, Azerbaijan, Jepun, Microsoft dan Konsortium Universiti United Kingdom-Malaysia (UK-MUC).

Dalam pertemuan dengan Menteri Pendidikan dan Sains Tarjikistan, TYT Nuriddin Said, beliau menyatakan hasrat bekerjasama dengan Malaysia untuk menaik taraf bidang pendidikan mereka. Pada masa sama, program pertukaran pelajar akan diteruskan yang mana jumlah pelajar Tarjikistan kini lebih 200 orang di Malaysia.

Perjumpaan dengan Menteri Pendidikan Azerbaijan, TYT Emin Amrullayev seterusnya membolehkan kami berbincang mengenai kerjasama yang dapat dibentuk antara kedua-dua negara. TYT Emin memaklumkan bahawa Azerbaijan sangat berharap untuk menjadikan Malaysia sebagai hab pendidikan untuk menghantar lebih ramai pelajarnya bagi menyambung pengajian. Selain itu, lawatan YAB Perdana Menteri ke negara Asia Tengah juga telah membuka ruang untuk negara-negara lain di sekitar dalam bekerjasama dengan Malaysia menerusi pelbagai bidang bersandarkan keyakinan dan kualiti yang dibawa oleh delegasi Kerajaan Malaysia. Azerbaijan juga dalam usaha membangunkan semula pendidikan tinggi mereka di kawasan Karabakh dan mereka turut menyatakan harapan sekiranya Malaysia dapat turut membantu dan berkolaborasi dalam hal ini.

Dalam pertemuan saya dengan Timbalan Menteri Pendidikan, Budaya, Sukan, Sains dan Teknologi Jepun, beliau menyatakan kesediaan negara itu untuk berkongsi pengalaman dalam perihal Programme for International Student Assessment (PISA). Kami juga berbincang untuk melihat dan memartabatkan semula kurikulum Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dengan kolaborasi antara institusi Malaysia dan Jepun.

Pertemuan dengan pihak Microsoft menjurus kepada bidang Kecerdasan Buatan (AI). Peluncuran Malaysia AI Nexus mendorong Microsoft untuk terus bekerjasama secara aktif dengan Malaysia melalui KPT.

Kerjasama pendidikan antara United Kingdom dan Malaysia terus diperkukuhkan melalui Konsortium Universiti UK-Malaysia (UK-MUC) dengan pelbagai program peringkat tinggi terus direncanakan.

EWF sememangnya mengumpulkan ramai Menteri Pendidikan dan Pendidikan Tinggi yang membolehkan perkongsian antara negara bagi menjadikan pendidikan sebagai wadah utama untuk pembangunan masyarakat dan negara. Pengantarabangsaan Malaysia dalam pendidikan tinggi di peringkat global ini semakin mendapat perhatian daripada negara lain dan akan terus diperkasakan.

LAMPIRAN

        

IMG 20240523 WA0049

IMG 20240523 WA0050

IMG 20240523 WA0052

IMG 20240523 WA0051

IMG 20240523 WA0053

IMG 20240523 WA0054

IMG 20240523 WA0055

DR. ZAMBRY ABD KADIR
23 Mei 2024

Muat Turun:

   pdf Kenyataan Media-Pengantarabangsaan Pendidikan Tinggi Malaysia Terus Diperkasa (487 KB)

  • Last updated on .
  • Hits: 3340
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Friday 19 July 2024, 10:52:23.