English translation not available for this content.
logo kpt black

KENYATAAN MEDIA

PENCALONAN ANUGERAH TOKOH AKADEMIK BAHASA MELAYU (ATABM) TAHUN 2022 KINI DIBUKA


Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah membuka pencalonan Anugerah Tokoh Akademik Bahasa Melayu (ATABM) secara rasmi mulai 1 April 2022 hingga 31 Mei 2022. Selain itu, pencalonan Anugerah Tokoh Harapan Akademik Bahasa Melayu (ATHABM) turut dibuka bagi mengiktiraf ahli akademik universiti awam yang berumur 40 tahun ke bawah dan Anugerah Tokoh Bahasa Melayu Sektor Teknikal (ATBMST) bagi mengiktiraf ahli akademik di Politeknik dan Kolej Komuniti.

Sehingga kini KPT telah menobatkan lapan (8) orang tokoh akademik sejak anugerah ini mula diperkenalkan pada tahun 2012. Anugerah berprestij ini adalah bertujuan untuk mengiktiraf ahli-ahli akademik Universiti Awam (UA) yang mengangkat Bahasa Melayu dalam pelbagai bidang, bukan sahaja dalam bidang Sains Sosial malah Sains dan Teknologi dalam memartabatkan Bahasa Melayu sebagai wahana penyelidikan, penerbitan, pengajaran dan khidmat ikhtisas kepada masyarakat.

Melalui penganugerahan ini, KPT akan terus komited dalam merealisasikan Pelan Tindakan Memartabatkan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu di UA dalam usaha mendaulatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan seterusnya menjadikan Bahasa Melayu kekal sebagai wahana pembangunan ilmu, penyampaian maklumat dan komunikasi di Malaysia.

Untuk maklumat lanjut permohonan, sila layari https://atabm.mohe.gov.my. Sebarang pertanyaan berkenaan ATABM 2022 boleh dikemukakan kepada urus setia melalui

e-mel This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it..

Kementerian Pengajian Tinggi
2 April 2022

Muat Turun:

pdf Kenyataan Media Pencalonan Anugerah Tokoh Akademik Bahasa Melayu (ATABM) Tahun 2022 Kini Dibuka (15 KB)

  • Last updated on .
  • Hits: 12884
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Friday 17 May 2024, 15:30:11.