English translation not available for this content.
logo kpt black

KENYATAAN MEDIA

PELANTIKAN NAIB CANSELOR UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA (UTeM)


Sukacita dimaklumkan bahawa YBrs. Prof. Ts. Dr. Massila Kamalrudin dilantik sebagai Naib Canselor Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) yang baharu, berkuat kuasa mulai 21 Mac 2022. Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam Software Engineering pada tahun 2003 dari Universiti Putra Malaysia (UPM) sebelum melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana dalam bidang Software Technology di University of Wales Swansea, United Kingdom dan seterusnya memperoleh Ijazah Kedoktoran dalam Electrical dan Electronic Engineering pada tahun 2011 dari The University of Auckland, New Zealand.

YBrs. Prof. Ts. Dr. Massila Kamalrudin adalah seorang Profesor di Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi UTeM yang juga merupakan ahli akademia yang berpotensi tinggi untuk meneraju UTeM sebagai salah sebuah Universiti Awam dalam rangkaian Malaysian Technical University Network (MTUN) di Malaysia. Selain daripada memiliki reputasi akademik dan karisma kepimpinan, YBrs. Prof. Ts. Dr. Massila Kamalrudin juga mempunyai aspirasi dan strategi yang jelas untuk menyuntik perubahan positif dalam landskap pentadbiran dan pengurusan UTeM serta memperkukuhkan aspek pembangunan institusi dan akademik UTeM sebagai sebuah Universiti Teknikal yang disegani.

Kementerian turut mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YBhg. Datuk Wira Prof. Dr. Raha Abdul Rahim atas jasa bakti beliau menerajui UTeM.

Kementerian Pengajian Tinggi
21 Mac 2022

Muat Turun:

pdf Kenyataan Media Pelantikan Naib Canselor Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) (35 KB)

  • Last updated on .
  • Hits: 12268
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Friday 17 May 2024, 15:30:11.