English translation not available for this content.

logo kpt black

KENYATAAN MEDIA

KURSI PENGAJIAN MELAYU DITUBUHKAN DI UNIVERSITI RUSIA,
USAHA KPT MEMPERKASA BAHASA MELAYU


Dalam Mesyuarat ke-3 Suruhanjaya Bersama Malaysia-Rusia (JCESTC) bagi Kerjasama Ekonomi, Saintifik, Teknikal dan Kebudayaan di St. Petersburg, saya dan rakan sejawatan, TYT Valery Falkov, Menteri Sains dan Pendidikan Tinggi Rusia bersetuju dengan cadangan mewujudkan Kursi Pengajian Melayu di salah sebuah universiti di Rusia. Hal ini akan dibincangkan secara lanjut di peringkat lebih tinggi sebelum dimuktamadkan.

Ini juga bertepatan dengan kedudukan Bahasa Melayu yang menjadi salah satu program dan kursus yang ditawarkan di beberapa buah universiti terkemuka di Rusia. Pengisian pembelajaran kursus ini termasuklah mengenai kesusasteraan Bahasa Melayu, sejarah Bahasa Melayu dan latar belakang Melayu dan Nusantara.

Pada masa sama, Kursi yang akan ditubuhkan ini akan membantu memartabatkan lagi Bahasa Melayu di peringkat antarabangsa dengan beberapa kerjasama yang akan ditambah baik antara Kerajaan Rusia dan Malaysia. Saya juga mengemukakan cadangan untuk menghantar lebih ramai pensyarah dan guru bahasa kita ke Rusia dan pada masa sama menjemput pensyarah daripada Rusia untuk datang menjalani kursus di Malaysia dan mengenal lebih lanjut budaya di Malaysia.

Sebelum ini, Kursi Pengajian Melayu KPT telah ditubuhkan di beberapa buah institusi seluruh dunia seperti BFSU China, Ohio University di Amerika Syarikat, Leiden University di Belanda, Victoria University di New Zealand dan Hankuk University of Foreign Studies, Korea Selatan.

DR. ZAMBRY ABD KADIR
11 Oktober 2024

Muat Turun:

  pdf Kenyataan Media - Kursi Pengajian Melayu Ditubuhkan Di Universiti Rusia, Usaha KPT Memperkasa Bahasa Melayu (41 KB)

  • Last updated on .
  • Hits: 5439
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Thursday 13 February 2025, 07:17:37.

sirim-logo