English translation not available for this content.
logo kpt black

KENYATAAN MEDIA

PEMENDEKAN TEMPOH PELANTIKAN MANTAN NAIB CANSELOR UNIVERSITI UTARA MALAYSIA BERIKUTAN LAPORAN PRESTASI KEPIMPINAN


Merujuk kepada hantaran video yang sedang tersebar di media sosial, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dengan ini menafikan kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Dr. Haim Hilman Abdullah, Calon Perikatan Nasional bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah N06 Jitra yang merupakan Mantan Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM) berkenaan pemendekan tempoh pelantikan beliau.

Pemendekan tempoh pelantikan Dr. Haim Hilman Abdullah sebagai Naib Canselor UUM adalah berikutan laporan prestasi kepimpinan beliau yang dikemukakan Lembaga Pengarah Universiti melalui surat bertarikh 16 Jun 2022. Walau bagaimanapun, sebelum keputusan pemendekan diambil, satu jawatankuasa telah ditubuhkan di peringkat KPT bagi meneliti dan menilai laporan yang diterima. Dalam hubungan ini, Dr. Haim Hilman Abdullah dan beberapa orang pegawai kanan UUM telah dipanggil ke KPT pada 23 dan 29 September 2022 untuk memberi keterangan bagi menjelaskan perkara- perkara yang telah dibangkitkan bagi mencari kaedah penyelesaian terbaik demi kepentingan UUM.

Kementerian sentiasa tegas dan komited dalam memastikan kepimpinan universiti awam, bukan sahaja harus mempunyai kesarjanaan tetapi perlu berupaya menjadi pemimpin institusi yang bijak mengurus kepelbagaian sumber dengan baik.

Jabatan Pendidikan Tinggi
29 Julai 2023

Muat Turun:

pdf Kenyataan Media Pemendekan Tempoh Pelantikan Mantan Naib Canselor Universiti Utara Malaysia Berikutan Laporan Prestasi Kepimpinan.pdf (52 KB)

  • Last updated on .
  • Hits: 11149
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Friday 17 May 2024, 15:30:11.