YBTM Saksi Majlis Tandatangan Memorandum Persefahaman antara IPT dan Talentbank Group

YBTM Saksi Majlis Tandatangan Memorandum Persefahaman antara IPT dan Talentbank Group
English translation not available for this content.

YB Dato' Mohammad Yusof Haji Apdal, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi telah menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara 15 IPT dengan Talentbank, sebuah syarikat pemudahcara pencarian kerjaya di sini petang tadi.

MoU tersebut membuka peluang kepada para graduan untuk menggunakan platform padanan Talentbank untuk membina kerjaya bersama majikan yang diiktiraf oleh para pemain industri di peringkat kebangsaan dan global.

Beliau yang hadir untuk merasmikan 5th Graduates' Choice Award Presentation Gala anjuran Talentbank menegaskan MoU tersebut juga bertindak sebagai penghubung antara kerajaan dan pihak swasta dalam memperkasakan kebolehpasaran graduan di pasaran kerja, sejajar dengan Pelan Strategik Kebolehpasaran Graduan 2021-2025 KPT.

Tambahnya lagi, tidak seharusnya tanggungjawab tersebut digalas oleh kerajaan sahaja, malah dengan kerjasama sebegini, situasi menang-menang antara kedua-dua sektor iaitu IPT dan industri dapat diperhebatkan demi membangunkan sebuah ekosistem dinamik dalam memberikan pendidikan tinggi terbaik sesuai dengan keperluan pasaran kerja kepada para graduan.

Turut hadir YBhg. Prof. Dato' Dr. Husaini Omar, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Encik Ben Ho, Ketua Pegawai Eksekutif Talentbank Group serta para naib canselor IPT awam dan swasta.

  • Last updated on .
  • Hits: 2783
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Thursday 18 April 2024, 14:41:25.