YBM Saksi MoU antara UMT dan University of Qatar

YBM Saksi MoU antara UMT dan University of Qatar
English translation not available for this content.

YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi memulakan lawatan kerja ke Qatar dengan menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di antara Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dengan University of Qatar (UQ), di sini.

UMT meluaskan jaringan kerjasama penyelidikan bersama UQ melalui tiga projek di bawah dana Tabung Penyelidikan Nasional Qatar (QNRF) dan Dana Kerjasama Penyelidikan Antarabangsa (IRCC) bernilai keseluruhan lebih kurang RM5.7 Juta.

Selari dengan penarafan Insititut Akuakultur Tropika dan Perikanan (AKUATROP) UMT oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sebagai Pusat Kecemerlangan Institusi Pengajian Tinggi (HICoE) dalam bidang Makanan Masa Hadapan, kerjasama penyelidikan yang diketuai oleh AKUATROP UMT ini bakal memfokuskan kepada projek penyelidikan akuakultur pertama di Qatar melibatkan ternakan akuakultur bagi spesis udang galah dan udang laut menggunakan sistem akuaponik dan sistem kitaran semula air di kawasan padang pasir.

Turut hadir, TYT Zamshari Shaharan, Duta Besar Malaysia ke Qatar, YBrs. Dr. Mohd Zabri Yusoff, TKSU (Pengurusan dan Pembangunan), YBhg. Dato’ Wan Hisham Salleh, Pengerusi LPU UMT, YBhg. Prof. Dr. Mazlan Abd Ghaffar, Naib Canselor UMT dan YBhg. Prof. Dato’ Ts. Dr. Mohd Ekhwan Haji Toriman, Naib Canselor UKM.

  • Last updated on .
  • Hits: 4275
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Friday 24 May 2024, 17:03:21.