YB Menteri Pengajian Tinggi Ziarah Keluarga Pelajar UiTM Tragedi Kebakaran

YB Menteri Pengajian Tinggi Ziarah Keluarga Pelajar UiTM Tragedi Kebakaran
English translation not available for this content.

YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi bersama Pengurusan Tertinggi Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) malam tadi telah menziarahi keluarga Allahyarhamah Nurul Izzah Rosman iaitu mahasiswa UiTM Kampus Bandaraya Melaka yang meninggal dunia pada 28 April lalu.

Allahyarhamah Nurul Izzah dirawat di Unit Rawatan Rapi Hospital Besar Melaka pada 10 April selepas berlaku insiden kebakaran di rumahnya.

Dalam pertemuan ini, YB Menteri telah menghulurkan sumbangan peribadi serta bantuan kewangan daripada KPT melalui agensinya iaitu PTPTN, MQA dan EMGS kepada keluarga Allahyarhamah.

UiTM juga sebelum ini telah pun menghulurkan sumbangan kepada keluarga Allahyarhamah Nurul Izzah termasuk menyediakan dana khairat kematian.

Turut bersama YBhg. Dato' Dr. Haji Megat Sany Megat Ahmad Supian, Timbalan Ketua Setiausaha(Dasar), KPT, YBrs. Dr. Mohd Zabri Yusoff, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan) KPT dan YBhg. Dato' Mohd Sharil Abdullah, Pengarah Bahagian Kolaborasi Industri dan Masyarakat, JPT.

Takziah kepada keluarga Allahyarhamah. Semoga tabah menghadapi dugaan ini.

Didoakan agar roh Allahyarhamah sentiasa di tempatkan bersama insan beriman.

Al-Fatihah.

  • Last updated on .
  • Hits: 5814
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Tuesday 21 May 2024, 15:10:04.