YBM Hadiri Sesi Libat Urus Bersama Pelajar Malaysia di Turki

YBM Hadiri Sesi Libat Urus Bersama Pelajar Malaysia di Turki
English translation not available for this content.

YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi telah meluangkan masa mengadakan pertemuan bersama wakil pelajar daripada Persatuan Pelajar Malaysia Turki (MASAT) di sini.

Pada pertemuan tersebut, kira-kira 30 orang kepimpinan pelajar Malaysia dari seluruh Turki telah meluangkan masa bertemu mata dengan YB Menteri sambil berbincang mengenai isu-isu yang mereka hadapi sebagai anak perantauan di sini.

Ia memberi peluang kepada YB Menteri berinteraksi dan mendengar secara langsung mengenai masalah dan masa depan pelajar-pelajar Malaysia di luar negara terutama membabitkan akreditasi, pengiktirafan program atau institusi.

YB Menteri menggesa agar perbincangan di antara semua pihak dapat diadakan bagi memastikan pelajar yang melanjutkan pengajian di Turki akan mendapat maklumat terkini mengenai universiti dalam senarai MQA atau institusi yang mendapat pengiktirafan. Di samping itu, beliau turut menghulurkan sumbangan peribadi selain cenderahati daripada KPT kepada semua pelajar yang hadir.

Turut sama ialah YM Tengku Mohd Dzaraif Raja Abdul Kadir, Konsul Jeneral Malaysia di Istanbul, YBhg Dato’ Dr. Haji Megat Sany Megat Ahmad Supian, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), YBhg. Prof. Dato’ Dr. Husaini Omar, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, YBhg. Prof. Dato' Dr. Mohammad Shatar Sabran, Ketua Pegawai Eksekutif MQA dan YBhg Prof Datuk ChM. Ts. Dr. Taufiq Yap Yun Hin, Naib Canselor UMS.

  • Last updated on .
  • Hits: 4518
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Friday 08 December 2023, 17:12:30.