Jelajah Jom Masuk IPT Beri Manfaat Pada Masyarakat Kelantan

Jelajah Jom Masuk IPT Beri Manfaat Pada Masyarakat Kelantan
English translation not available for this content.

Program Jom Masuk IPT 2022 yang diadakan di Dewan Tuanku Canselor, Universiti Malaysia Kelantan (UMK) bermula semalam hingga hari ini terus memberi manfaat kepada semua golongan masyarakat di negeri ini.

Melalui program ini, KPT mensasarkan kunjungan daripada para pelajar sekolah, ibubapa serta guru ke reruai yang menawarkan khidmat nasihat berkaitan pendidikan tinggi.

Penyertaan IPT awam dan swasta, serta agensi lain di bawah KPT dalam program ini telah turut membantu mereka yang memasang cita-cita ke menara gading untuk membuat pilihan yang tepat.

Antara pengisian di edisi ini ialah taklimat panduan UPUOnline, sesi sembang santai, persembahan muzik dan tradisional, cabutan bertuah, gerai-gerai jualan IKS, serta kemunculan selebriti terkenal, Issey THR GEGAR.

Jelajah ini akan ke destinasi ke-7 pada 17-18 Jun depan yang akan dianjurkan di Kampus Gong Badak, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Terengganu Darul Iman.

Kita jumpa di sana!!!

  • Last updated on .
  • Hits: 3809
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Wednesday 28 February 2024, 20:42:11.