YBhg. Dato' Seri Ir. Dr. Zaini Ujang Galas Jawatan KSU KPT Buat Kali Kedua

YBhg. Dato' Seri Ir. Dr. Zaini Ujang Galas Jawatan KSU KPT Buat Kali Kedua
English translation not available for this content.

YBhg. Dato' Seri Ir. Dr. Zaini Ujang memulakan tugas rasminya sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) pagi tadi.

Ini merupakan kali kedua beliau menggalas jawatan sebagai KSU KPT dengan sebelum ini pada 2013-2016.

Beliau yang disambut oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) KPT, Dato' Dr. Haji Megat Sany Megat Ahmad Supian; Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan) KPT, Mohamad Azhan Md. Amir bersama-sama barisan pengurusan tertinggi Kementerian turut mengaminkan bacaan doa sebagai memohon keberkatan dan keselamatan.

Sebelum mendengar taklimat berkenaan pencapaian, hala tuju dan pengoperasian KPT, beliau turut bertemu dengan Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato' Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir untuk melapor diri dan menerima amanat.

Sebelum dilantik ke KPT, YBhg. Dato' Seri Ir. Dr. Zaini Ujang, 59, merupakan mantan KSU kepada Kementerian Kesihatan Malaysia; Kementerian Sumber Manusia; dan Kementerian Alam Sekitar dan Air.

Berkelulusan Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Kejuruteraan Alam Sekitar dari Universiti Newcastle serta mempunyai kepakaran di bidang rawatan air dan sisa, beliau juga pernah dilantik sebagai Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM) kelima dari tahun 2008-2013.

Selamat bertugas YBhg. Dato' Seri Ir. Dr. Zaini Ujang dari seluruh warga KPT. 

  • Last updated on .
  • Hits: 4063
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Friday 19 July 2024, 10:52:23.