YB Timbalan Menteri Perjelas Isu Bilangan IPT Di Sabah

YB Timbalan Menteri Perjelas Isu Bilangan IPT Di Sabah
English translation not available for this content.

Institusi pendidikan tinggi (IPT) di Sabah setakat ini mencukupi untuk memenuhi permintaan setempat dengan memiliki 2 buah universiti awam iaitu Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM); 23 IPT swasta; serta 3 buah politeknik dan 8 kolej komuniti.
Merujuk kepada rekod enrolmen bagi tahun 2022/2023 UMS, hanya 2,772 orang calon yang mendaftar berbanding 4,284 surat tawaran yang telah dikeluarkan.

Selain itu, rekod enrolmen tahun 2022 bagi UMS dan UiTM di wilayah itu pula menunjukkan sejumlah 20,515 orang pelajar telah mendaftar dan jumlah tersebut mencukupi untuk menampung permintaan sedia ada.

YB Dato' Haji Mohammad Yusof Apdal, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi menjelaskan hal yang demikian apabila ditanya mengenai keperluan untuk membangunkan sebuah IPT yang merangkumi semua bidang pengkhususan bagi memenuhi keperluan pelajar di Pantai Timur Sabah dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

Biarpun begitu, KPT sentiasa mempertimbangkan sebarang keperluan penubuhan UA baharu berlandaskan beberapa aspek penelitian dan kajian yang dijalankan dari masa ke semasa, bukan hanya di Sabah tapi merangkumi semua negeri dan wilayah di Malaysia.

Kredit foto: Jabatan Penerangan Malaysia

  • Last updated on .
  • Hits: 4200
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Friday 19 July 2024, 10:52:23.