EMGS Usaha Tarik Pelajar Antarabangsa Jayakan Hab Bakat KPT

EMGS Usaha Tarik Pelajar Antarabangsa Jayakan Hab Bakat KPT
English translation not available for this content.

Pengerusi baharu Education Malaysia Global Services (EMGS), YBrs. Dr Abdul Razak Ahmad telah membuat kunjungan hormat ke atas YBhg. Dato' Seri Abdul Razak Jaafar, Ketua Setiausaha KPT di pejabatnya pagi tadi.

Dalam pertemuan tersebut, YBhg. Dato' Seri KSU dan YBrs. Dr Abdul Razak telah berbincang berkenaan perancangan serta hala tuju EMGS yang bakal dimantapkan bagi menjadikan Malaysia sebagai pilihan utama para pelajar antarabangsa.

Ini adalah selaras dengan azam YB Menteri Pendidikan Tinggi sewaktu perutusan tahun 2023 lalu yang ingin melihat Malaysia menjadi hab bakat terunggul di rantau ini dengan penyertaan bakat terbaik yang bukan sahaja melibatkan warga tempatan, malah dari negara membangun dan maju.

Selain itu, pertemuan turut membincangkan berkenaan isu-isu semasa dan cabaran yang dihadapi oleh EMGS dalam usaha memperkasakan sektor pendidikan tinggi negara di mata dunia.

  • Last updated on .
  • Hits: 3541
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Friday 19 July 2024, 10:52:23.