YB Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Lawat Kolej Komuniti Papar

YB Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Lawat Kolej Komuniti Papar
English translation not available for this content.

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, YB Datuk Ts. Mustapha Sakmud telah mengadakan lawatan kerja ke Projek Pembangunan Kolej Komuniti Papar @ Sabah Digital Economy seusai mengadakan lawatan kerja ke Kolej Komuniti Beaufort (KKBS).

Pusat pengajian yang berkonsepkan rumah kedai dengan berkeluasan lebih 4,000 meter persegi ini menawarkan dua program pengajian iaitu Sijil Teknologi Maklumat dan Sijil Perkhidmatan Logistik dengan sasaran pelajar adalah seramai 400 orang.

Kolej Komuniti Papar @ Sabah Digital Economy dilengkapi dengan pelbagai kemudahan untuk warganya seperti ruang pameran, ruang Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH), Kafeteria, Dewan Kuliah, Bilik Mesyuarat Utama dan lain-lain. 

  • Last updated on .
  • Hits: 520
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Friday 19 July 2024, 10:52:23.