YB Menteri Tinjau Persiapan Akhir Festival Idea Putrajaya 2025 Di PICC Bersama Rakan Media
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) kini berada pada fasa persiapan akhir bagi penganjuran Festival Idea Putrajaya (Putrajaya FOI) 2025 yang bermatlamat merakyatkan idea serta mempromosi Malaysia sebagai pusat inovasi serantau.
Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato' Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir pada petang tadi telah mengadakan Sesi Santai dan Walkabout bersama rakan media bagi memberi penerangan serta meninjau lokasi penganjuran.
Putrajaya FOI 2025 akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) bermula 4 hingga 8 November 2025.
Festival tersebut akan menghimpunkan pelbagai pihak berkepentingan melalui empat (4) komponen utama, termasuk Sidang Ideas Malaysia (MyIDEAS) dan MyIDEAS Connect, bagi membincangkan penyelesaian inovatif.
Selain itu, FOI Putrajaya 2025 turut akan menampilkan pelbagai pengisian merangkumi pameran, demonstrasi, karnival dan kaunseling kerjaya, persembahan kesenian dan kebudayaan, permainan dan pertandingan, gerai-gerai jualan, pemeteraian kolaborasi, khidmat nasihat kesihatan dan rawatan, serta peluncuran inisiatif-inisiatif baharu KPT.
Turut serta dalam lawatan itu ialah Ketua Setiausaha KPT, YBhg. Datuk Dr. Anesee Ibrahim dan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, YBhg. Datuk Prof. Dr. Azlinda Azman.
- Last updated on .
- Hits: 319