Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Canselor Universiti Malaysia Sabah

Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Canselor Universiti Malaysia Sabah
English translation not available for this content.

Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir hari ini menyerahkan Watikah Perisytiharan Pelantikan Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS) kepada Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima (Dr.) Musa bin Haji Aman, Yang di-Pertua Negeri Sabah.

Pelantikan ini adalah selaras dengan Subseksyen 10(1) Perlembagaan Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang memperuntukkan bahawa Canselor ialah Ketua Universiti dan bertanggungjawab mempengerusikan Konvokesyen Universiti.

Dalam ucapan beliau, YB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry menzahirkan setinggi penghormatan serta menjunjung kasih atas pelantikan ini yang merupakan kepercayaan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong kepada Tun Musa Aman sebagai Canselor UMS.

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menzahirkan keyakinan bahawa pelantikan ini akan terus memperkukuh kepimpinan tertinggi UMS dalam memacu agenda pendidikan tinggi negara, khususnya memperkasa kecemerlangan akademik, penyelidikan, inovasi dan pembangunan modal insan di Sabah dan Malaysia secara keseluruhannya.

Majlis penyerahan Watikah ini turut disaksikan oleh kepimpinan kementerian, pengurusan tertinggi universiti serta jemputan rasmi yang hadir. 

  • Last updated on .
  • Hits: 414
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Thursday 18 December 2025, 11:27:55.

sirim-logo