YB Menteri Pendidikan Tinggi Terima Kunjungan Hormat Perpisahan Daripada Duta Besar Arab Saudi Ke Malaysia

YB Menteri Pendidikan Tinggi Terima Kunjungan Hormat Perpisahan Daripada Duta Besar Arab Saudi Ke Malaysia
English translation not available for this content.

Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir telah menerima kunjungan hormat perpisahan daripada Duta Besar Arab Saudi ke Malaysia, H.E. Mesaad Ibrahim Al Sulaim pada petang semalam.

Kunjungan ini diadakan bersempena penamatan tempoh perkhidmatan beliau sebagai Duta Besar ke Malaysia pada 15 Disember 2025.

Dalam pertemuan tersebut, kedua-dua pihak telah membincangkan pelbagai perkara yang berkaitan subkluster pendidikan di bawah Saudi-Malaysia Coordinating Council (SMCC). Perbincangan merangkumi potensi perluasan kerjasama dalam bidang pendidikan tinggi, program mobiliti pelajar, pembangunan kapasiti akademik, Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) serta peluang kolaborasi penyelidikan antara universiti dan institusi pendidikan tinggi kedua-dua negara.

Kunjungan ini turut dihadiri oleh Ketua Setiausaha KPT, YBhg. Datuk Dr. Anesee Ibrahim dan Setiausaha Bahagian Hubungan Antarabangsa, KPT, YBhg. Datin Noorazah Omar. 

  • Last updated on .
  • Hits: 124
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Saturday 13 December 2025, 00:02:22.

sirim-logo