YB Menteri Pendidikan Tinggi Serah Surat Pelantikan Semula Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan Dan Inovasi) Universiti Teknikal Malaysia Melaka

YB Menteri Pendidikan Tinggi Serah Surat Pelantikan Semula Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan Dan Inovasi) Universiti Teknikal Malaysia Melaka
English translation not available for this content.

Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir telah menyampaikan surat pelantikan semula Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) kepada YBrs. Prof. Ir. Ts. Dr. Ghazali bin Omar di pejabat beliau pada petang tadi. Pelantikan semula ini adalah berkuat kuasa mulai 19 April 2024.

YBrs. Prof. Ir. Ts. Dr. Ghazali bin Omar berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal dari Victoria University of Technology, Melbourne serta Ijazah Sarjana Sains Bahan dan Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Solid State Diffusion dari Universiti Malaya.

Turut hadir sama adalah Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, YBrs. Prof. Dr. Azlinda Azman. 

  • Last updated on .
  • Hits: 922
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Friday 19 July 2024, 10:52:23.