Kolaborasi Strategik KPT Dan KKM Kukuhkan Penyampaian Perkhidmatan Sektor Kesihatan Negara

Kolaborasi Strategik KPT Dan KKM Kukuhkan Penyampaian Perkhidmatan Sektor Kesihatan Negara
English translation not available for this content.

Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir telah menerima kunjungan hormat daripada Menteri Kesihatan, YB Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly Ahmad dan delegasinya petang tadi di Putrajaya.

Dalam pertemuan ini, antara perkara utama yang dibincangkan adalah berhubung pengukuhan kolaborasi strategik di antara Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam meningkatkan penyampaian perkhidmatan sektor kesihatan negara.

Dalam hal ini, perbincangan memberi fokus kepada usaha-usaha untuk menjayakan agenda nasional bagi meningkatkan jumlah pakar perubatan negara demi memastikan rakyat Malaysia mendapat rawatan kepakaran perubatan yang terbaik.

Turut hadir dalam pertemuan ini adalah barisan kepimpinan tertinggi KPT, KKM dan Jabatan Peguam Negara. 

  • Last updated on .
  • Hits: 1151
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Friday 19 July 2024, 10:52:23.