YB Menteri Naik LRT3 ke UiTM Shah Alam, Tinjau Kemudahan Awam Terbaharu Warga Kampus

YB Menteri Naik LRT3 ke UiTM Shah Alam, Tinjau Kemudahan Awam Terbaharu Warga Kampus
English translation not available for this content.

30 Jun 2026 | Shah Alam, Selangor

Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato' Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir mencuri perhatian apabila memilih untuk menaiki pengangkutan awam ke Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam pagi tadi dengan menggunakan perkhidmatan LRT3.

Perjalanan itu menjadi simbol sokongan beliau terhadap kemudahan mobiliti awam yang kini semakin penting khususnya kepada warga kampus di Lembah Klang.

Beliau menaiki Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) Laluan Shah Alam dari Stesen Stadium Shah Alam menuju ke Stesen UiTM Shah Alam bersama rombongan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM.

Beliau menyifatkan pengalaman menaiki LRT3 itu sebagai satu detik bermakna kerana dapat melihat sendiri tahap kesalinghubungan (connectivity) sistem pengangkutan awam di Lembah Klang.

Menurut beliau, kemudahan terbaharu itu memberi manfaat besar bukan sahaja kepada rakyat umum malah kepada ribuan pelajar Institusi Pendidikan Tinggi (IPT).

Stesen UiTM Shah Alam yang menjadi destinasi lawatan itu merupakan antara 20 stesen dalam jajaran LRT3 yang baharu sahaja mula beroperasi secara rasmi.

Projek LRT3 tersebut telah dilancarkan oleh Perdana Menteri, YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim sebagai sebahagian usaha memperkukuh sistem pengangkutan awam negara.

Turut sama dalam perjalanan tersebut ialah Naib Canselor UiTM, Prof. Datuk Ts. Dr. Shahrin Sahib @ Sahibuddin; para pegawai PRASARANA; serta Yang Dipertua MPP UiTM Shah Alam, Mohamad Adib Hazim Mohamad Razali.

  • Last updated on .
  • Hits: 33
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Tuesday 30 June 2026, 10:47:03.

sirim-logo