YB Menteri Luang Masa Tonton Mat Kilau Bersama Warga KPT

YB Menteri Luang Masa Tonton Mat Kilau Bersama Warga KPT
English translation not available for this content.

Lunas semua urusan di pejabat semalam, YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad tidak melepaskan peluang untuk menyertai warga KPT menonton filem "Mat Kilau" di Alamanda Putrajaya malam tadi.

Tayangan khas tersebut merupakan anjuran Biro Kesenian di bawah Kelab Sukan dan Kebajikan KPT.

Aktiviti seperti ini diadakan untuk memberi peluang kepada para ahli Kelab KPT beriadah sambil beramah mesra dengan YB Menteri dan barisan pengurusan tertinggi Kementerian.

Kira-kira 200 orang warga KPT bersama ahli keluarga telah menghadiri tayangan tersebut yang turut disertai Dato' Dr Haji Megat Sany Megat Ahmad Supian, TKSU (Dasar), Dr. Mohd Zabri Yusoff, TKSU (Pengurusan & Pembangunan) KPT, Prof. Dato' Dr. Husaini Omar, KPPT dan Ts. Zainab Ahmad, KP JPPKK.

  • Last updated on .
  • Hits: 2604
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Friday 14 June 2024, 19:20:56.