YB Menteri Luang Masa Berbuka Bersama Mahasiswa Di UNITEN

YB Menteri Luang Masa Berbuka Bersama Mahasiswa Di UNITEN
English translation not available for this content.

Selesai urusan di pejabatnya, YB Menteri terus ke Masjid Universiti Tenaga Nasional Malaysia (UNITEN) untuk meluangkan masa berbuka puasa bersama kira-kira 1800 orang mahasiswa pelbagai kaum petang tadi.

Mereka yang merupakan peserta bagi program Forum Mahasiswa Madani telah datang dari IPT awam dan swasta yang berhampiran untuk mendengar kupasan berkenaan tajuk, "Mahasiswa Madani Pelapis Pemimpin Masa Hadapan".

Forum yang dipengerusikan oleh saudara Ahmad Thareeq Mohd Isa, YDP MPP UNITEN itu telah dibarisi oleh ahli panel iaitu YBrs. Prof. Madya Dr. Mohd. Sukki Othman; al Fadhil Ustaz Mohd. Hariri Mohd. Daud; dan saudara Ahmad Farhan Rosli, Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM).

Pada majlis yang sama, YB Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin turut sempat meluangkan masa beramah mesra dan menyampaikan sumbangan kuih raya kepada mahasiswa sebelum menunaikan solat Maghrib berjemaah bersama yang lain.

Majlis kemudiannya diteruskan dengan sesi tazkirah, solat Isyak dan solat sunat terawih berjemaah.

  • Last updated on .
  • Hits: 2694
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Wednesday 24 July 2024, 03:08:48.

sirim-logo