YB Dr Noraini Dan YB KJ Hadir Libat Urus RUU Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022
English translation not available for this content.
YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi dan YB Khairy Jamaluddin Abu Bakar, Menteri Kesihatan hari ini telah mengadakan sesi libat urus bersama siswa IPT mengenai Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 di Bangunan Parlimen, di sini.
Siswa-siswa tersebut terdiri daripada 15 orang wakil pelajar dari Universiti Pertahanan Malaysia (UPNM), Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) dan Universiti Multimedia (MMU).
Turut hadir YBhg Datuk Harjeet Singh a/l Hardev Singh, Ketua Setiausaha KKM dan YBhg Prof Dato’ Dr. Husaini Omar, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi.
- Last updated on .
- Hits: 2932