YAB PM, YBM Dan YBTM Buka Puasa Bersama Mahasiswa Di Seri Perdana

YAB PM, YBM Dan YBTM Buka Puasa Bersama Mahasiswa Di Seri Perdana
English translation not available for this content.

YAB Perdana Menteri bersama YB Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pendidikan Tinggi dan Timbalannya, YB Dato' Haji Mohammad Yusof Apdal telah menyantuni para mahasiswa IPT awam dan swasta dalam Majlis Berbuka Puasa di Seri Perdana malam tadi.

Turut diraikan ialah para belia yang terdiri daripada atlet, penggiat sukan, serta wakil Pertubuhan Bukan Kerajaan.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran anak-anak yatim dari Rumah Bakti Al-Kausar Bandar Baru Bangi.

YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim turut meluangkan masa bersama para jemputan yang hadir menunaikan solat Maghrib dan Isyak berjemaah.

Hadir sama YB Puan Hannah Yeoh Tseow Suan, Menteri Belia dan Sukan; YBhg. Dato' Seri Abdul Razak Jaafar, Ketua Setiausaha KPT serta barisan kepimpinan KPT dan IPT dari seluruh negara.

  • Last updated on .
  • Hits: 1934
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Friday 24 May 2024, 17:03:21.