PTPTN Umum 3.05% Dividen SIMPAN SSPN 2022

PTPTN Umum 3.05% Dividen SIMPAN SSPN 2022
English translation not available for this content.

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mengumumkan agihan dividen Skim Simpanan Pendidikan Nasional (Simpan SSPN) sebanyak 3.05 peratus bagi tahun 2022.

Pengumuman yang telah dibuat oleh YB Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pendidikan Tinggi itu akan memberi manfaat kepada 5.73 juta pendeposit akaun Simpan SSPN melibatkan anggaran peruntukan berjumlah RM266.17 juta, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan agihan dividen adalah RM1.33 billion sejak ia diperkenalkan pada tahun 2004.

Pemberian dividen tahun 2022 ini adalah lebih tinggi berbanding agihan dividen sebanyak 3.00 peratus pada tahun 2021, sekalian membuktikan kecekapan PTPTN dalam pengurusan dana simpanan dengan efektif berlandaskan tadbir urus yang cemerlang, berintegriti dan strategik bagi memastikan pulangan yang optimum diberikan kepada para pelanggan.

Dalam majlis yang sama, YB Menteri telah turut menyempurnakan pelancaran Kempen Ganjaran Kesetiaan Simpan SSPN Prime 2023 pada kadar 1 peratus sebagai hadiah istimewa kepada para pendeposit Simpan SSPN Prime yang membuat penabungan dalam jangka masa panjang dan sebagai ganjaran tambahan selain dividen tahunan.

Hadir sama YB Dato' Haji Mohammad Yusof Apdal, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, YBhg. Dato' Seri Abdul Razak Jaafar, KSU KPT, YBrs. Encik Ahmad Dasuki Abdul Majid, Ketua Eksekutif PTPTN, serta barisan pengurusan tertinggi Kementerian.

  • Last updated on .
  • Hits: 6566
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Wednesday 09 October 2024, 08:12:06.

sirim-logo