Usaha Memartabatkan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu Di Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) Diteruskan

Usaha Memartabatkan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu Di Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) Diteruskan
English translation not available for this content.

YB Dato’ Haji Mohammad Yusof Apdal, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi hari ini telah menyempurnakan Majlis Perasmian Bengkel Pelaporan Pelan Tindakan Memartabatkan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu Di Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) 2023-2030 di Hotel Swiss Garden, Kuala Lumpur.

Pelaksanaan bengkel ini adalah susulan daripada Majlis Pelancaran Pelan Tindakan Memartabatkan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu Di Institusi Pendidikan Awam (IPTA) 2023-2030 yang telah dilancarkan oleh YB Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pendidikan Tinggi di Universiti Islam Antarabangsa (UIAM), pada 15 Jun yang lalu.

Objektif bengkel ini adalah untuk memberikan pendedahan berkenaan kaedah pengumpulan dan penganalisisan data bagi empat (4) teras, 11 strategik dan 26 inisiatif pelaksanaan bagi fasa permulaan 2023-2024 kepada 70 orang pegawai fokal yang telah dilantik daripada 20 buah Universiti Awam, tujuh (7) Politeknik dan lapan (😎 Kolej Komuniti yang terpilih.

Dalam ucapannya, YB Timbalan Menteri berkata usaha memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu ini akan memperkukuhkan penggunaan Bahasa Melayu merentasi pelbagai bidang dalam IPT. Ia penting agar penggunaan Bahasa Melayu tidak hanya dimonopoli oleh mereka yang berada bidang bahasa Melayu dan kesusasteraan Melayu sahaja, tetapi meliputi bidang-bidang lain termasuk sains tulen. Ini pastinya akan memberikan perubahan dan impak yang besar terhadap kedudukan Bahasa Melayu itu sendiri sebagai bahasa ilmu yang berwibawa.

Turut hadir dalam majlis ini ialah YBrs. Puan Fazidah Mustafa, Setiausaha Bahagian Perancangan Strategik, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT); YBrs. Dr. Aini Andria Shirin Anuarudin, Timbalan Setiausaha Bahagian, Seksyen Parlimen, Inovasi dan Pemerkasaan Bahasa Melayu KPT; dan YBhg. Prof. Emeritus Dato' Dr. Mohd Yusof Haji Othman, Pengerusi Jawatankuasa Anugerah Tokoh Akademik Bahasa Melayu.

  • Last updated on .
  • Hits: 2989
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Tuesday 21 May 2024, 15:10:04.