UPNM Perkukuh Perancangan Pembangunan Kampus dan Fasiliti

UPNM Perkukuh Perancangan Pembangunan Kampus dan Fasiliti
English translation not available for this content.

17 Ogos 2026 | Putrajaya

Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), YBhg. Datuk Ts. Dr. Hj. Aminuddin bin Hassim telah menerima kunjungan hormat daripada Naib Canselor Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), YBhg. Leftenan Jeneral Datuk Wira Arman Rumaizi bin Hj Ahmad bersama barisan kepimpinan universiti pada hari ini.

Kunjungan hormat ini menjadi platform bagi memperkenalkan barisan kepimpinan UPNM serta membincangkan beberapa perkara berkaitan perancangan dan hala tuju universiti, termasuk projek pembangunan UPNM, cadangan penubuhan kampus cawangan UPNM di Lumut, penyertaan UPNM dalam pameran bersempena Langkawi International Maritime and Aerospace Exhibition (LIMA) 2027 serta pembangunan dan pemerkasaan fasiliti universiti.

Dalam pertemuan tersebut, UPNM turut menyatakan komitmen untuk terus melaksanakan segala dasar dan polisi yang telah ditetapkan oleh KPT serta memastikan perancangan dan pelaksanaan agenda universiti selari dengan aspirasi pendidikan tinggi negara.

Kunjungan ini mencerminkan komitmen berterusan UPNM dalam memastikan perancangan pembangunan universiti terus diperkukuh, di samping memperluas peranan dan sumbangan UPNM dalam mendukung agenda pendidikan tinggi negara.

  • Last updated on .
  • Hits: 89
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Thursday 20 August 2026, 09:15:36.

sirim-logo