Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Terima Kunjungan Hormat Daripada International College of Yayasan Melaka (ICYM)

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Terima Kunjungan Hormat Daripada International College of Yayasan Melaka (ICYM)
English translation not available for this content.

17 Ogos 2026 | Putrajaya

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, YB Adam Adli Abd Halim menerima kunjungan hormat daripada delegasi International College of Yayasan Melaka (ICYM) pada petang ini.

Pertemuan tersebut menjadi platform untuk meneroka ruang kolaborasi dalam memperkasa pendidikan di Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS), di samping memperkaya pengalaman pembelajaran mahasiswa.

Turut dibincangkan adalah penglibatan mahasiswa dalam program kemasyarakatan selaras aspirasi Malaysia MADANI, potensi program rentas laut bersama Indonesia serta pemerkasaan jaringan strategik antara Institusi Pendidikan Tinggi (IPT).

Hadir sama, wakil Bahagian Pengantarabangsaan Pendidikan Tinggi dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Jabatan Pendidikan Tinggi.

  • Last updated on .
  • Hits: 93
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Thursday 20 August 2026, 09:15:36.

sirim-logo