UIAM Jadi Tuan Rumah Persidangan Jaringan Masa Hadapan Asia Pasifik Ke-9 (APFN9)

UIAM Jadi Tuan Rumah Persidangan Jaringan Masa Hadapan Asia Pasifik Ke-9 (APFN9)
English translation not available for this content.

Usaha memeta haluan masa hadapan yang berstrategi dan bermatlamat mampu menjadi panduan kepada kita untuk memahami trend dan cabaran dalam menjajarkan wawasan ke dunia baharu yang kita impikan.

Oleh itu, bagi mencapai masa hadapan yang sejahtera, perlu disedari bahawa amanah kita kepada generasi akan datang bermula daripada sekarang dan ia perlu dijaga dengan penuh rasa tanggungjawab.

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato' Haji Mohammad Yusof Apdal berkata demikian ketika melancarkan Kursi Kejuruteraan Lestari UIAM-ICESCO di sini petang tadi.

Pelancaran tersebut bersempena Persidangan Jaringan Masa Hadapan Asia Pasifik ke-9 (APFN9) anjuran bersama Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Dunia Islam (ICESCO) dihadiri oleh mahasiswa dan akademia tempatan serta antarabangsa yang berlangsung mulai hari ini hingga esok.

Menurut YB Dato' Haji Mohammad Yusof, cabaran kini terlalu luas dan kompleks merangkumi masalah alam sekitar, ketidaksamarataan sosioekonomi, gangguan teknologi serta krisis kesihatan yang memerlukan kolaborasi pelbagai disiplin ilmu dan kepakaran dalam menanganinya.

Justeru, empat (4) tema perbincangan yang diangkat oleh APFN kali ini iaitu merapatkan jurang antara akademia, industri dan masyarakat untuk masa depan yang mampan; peradaban, teknologi dan masa depan masyarakat; Pewujudan bersama masyarakat aman, sihat dan inklusif; serta primordial dan kecerdasan buatan adalah amat tepat, kata beliau.

Selain menjadi platform perbicangan, APFN9 turut menjadi penghubung kepada para penyelidik, pengamal dan pembuat polisi untuk merapatkan lagi jalinan kerjasama dan kepakaran dalam membangunkan bidang kajian dan celik masa hadapan di rantau Asia Pasifik.

Hadir sama Rektor UIAM, YBhg. Prof. Emeritus. Tan Sri Dato' Dzulkifli Abdul Razak; serta Pengarah merangkap Penasihat ICESCO, YBrs. Dr. Muhammad Sharif Akhbar.

  • Last updated on .
  • Hits: 1637
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Tuesday 18 June 2024, 16:17:02.