TVET, Pelajar B40, Gaji Permulaan Graduan, HUSM Dan Jumlah Doktor Pakar Jadi Topik Penggulungan YB Menteri Di Dewan Negara

TVET, Pelajar B40, Gaji Permulaan Graduan, HUSM Dan Jumlah Doktor Pakar Jadi Topik Penggulungan YB Menteri Di Dewan Negara
English translation not available for this content.

Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato' Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir telah menyampaikan ucapan Penggulungan Perbahasan Titah Diraja Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen ke-15 bagi Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) di Dewan Negara hari ini.

Dalam ucapannya, beliau telah menjawab pelbagai soalan serta isu berkaitan sektor pendidikan tinggi negara yang telah diajukan oleh Ahli Dewan Negara.

Antaranya inisiatif KPT dalam membantu mahasiswa khususnya golongan B40 di Institusi Pendidikan Tinggi (IPT); kebolehpasaran dan penetapan gaji permulaan graduan; serta program "reskilling and upskilling".

Turut dijawab berkaitan usaha KPT dalam meningkatkan kemahiran Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar; serta langkah-langkah yang telah dilaksanakan bagi pemartabatan Bahasa Melayu.

Penggulungan juga menyinggung cadangan penubuhan tabung pendidikan TVET dan pusat latihan TVET baharu.

Di dewan yang sama, beliau turut menerangkan berkenaan projek naiktaraf, baikpulih dan ubahsuai Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian (HUSM) termasuklah kerja menambah kapasiti wad ICU sedia ada yang sedang dijalankan bagi menampung jumlah pesakit yang semakin bertambah.

Selain itu, beliau turut menjelaskan kepada para Senator akan usaha yang sedang dilaksanakan bagi meningkatkan bilangan jumlah doktor pakar tempatan melalui Pelan Strategik Latihan Kepakaran Perubatan.

Hadir sama Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, YB Datuk Ts. Mustapha Sakmud. 

  • Last updated on .
  • Hits: 931
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Friday 19 July 2024, 10:52:23.