TKSU (Pengurusan Dan Pembangunan) KPT Tinjau Perkembangan Projek Pembangunan Di UM

TKSU (Pengurusan Dan Pembangunan) KPT Tinjau Perkembangan Projek Pembangunan Di UM
English translation not available for this content.

Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan) Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), YBhg. Datuk Ts. Dr. Mohd Nor Azman Hassan telah mengadakan lawatan kerja ke Universiti Malaya (UM), di sini semalam.

Lawatan tersebut bertujuan meninjau status perancangan projek-projek pembangunan yang akan dilaksanakan di universiti berkenaan bermula tahun ini.

Pelaksanaan projek-projek tersebut disifatkan signifikan dalam memastikan penyediaan fasiliti dan kemudahan yang kondusif khususnya kepada warga UM.

Turut hadir dalam lawatan tersebut ialah Setiausaha Bahagian, Bahagian Pembangunan KPT, Haji Ghazali Hizam; Timbalan Naib Canselor (Pembangunan) UM, Prof. Ir. Dr. Ramesh Singh Kuldip Singh; serta Pengarah Eksekutif Jabatan Harta Benda UM, Ar. Dr. Sharifah Noor Azim Syed Yahya. 

  • Last updated on .
  • Hits: 827
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Friday 23 January 2026, 09:07:53.

sirim-logo