TKSU (Pengurusan Dan Pembangunan) KPT Rasmi CINOVATE 2025 PMTG Dan Buat Lawatan Pemantauan Projek Di PTSB

TKSU (Pengurusan Dan Pembangunan) KPT Rasmi CINOVATE 2025 PMTG Dan Buat Lawatan Pemantauan Projek Di PTSB
English translation not available for this content.

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) terus komited dalam memperkasa sinergi antara institusi pendidikan tinggi dan industri bagi memacu agenda Pemerkasaan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) negara yang lebih inovatif serta berdaya saing.

​Komitmen padu ini dizahirkan melalui beberapa program strategik di Pulau Pinang dan Kedah yang telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan) KPT, YBhg. Datuk Ts. Dr. Mohd Nor Azman Hassan semalam.

​Di Politeknik METrO Tasek Gelugor (PMTG), beliau telah merasmikan Majlis Cinematic And Innovate Through Industry Collaboration (CINOVATE 2025 PMTG) yang menjadi platform utama jaringan kerjasama strategik.

​Semasa majlis tersebut, beliau telah melancarkan pakej latihan i-Cinematic for RUC@PMTG, menyaksikan pratonton Dokumentari TVET POLYCC “Impian Kelah - Azam TVET” serta merasmikan penjenamaan semula bilik seminar kepada Nexus Synergy Hall (NESH).

​Sebuah Majlis Apresiasi Industri turut diadakan bagi mengiktiraf rakan industri yang telah menjayakan program peningkatan kemahiran pelajar dan pensyarah merangkumi program Work-based Learning (WBL), Sangkutan Industri Pensyarah (SIP) dan Train-of-Trainer (😭).

​Inisiatif pemerkasaan tadbir urus dan kolaborasi diteruskan melalui penyampaian Watikah Pelantikan kepada ahli Jawatankuasa Penasihat Industri PMTG serta sesi menandatangani Surat Niat (Letter of Intent) bersama empat syarikat industri.

​Turut hadir di PMTG ialah Setiausaha Bahagian, Bahagian Pembangunan KPT, Haji Ghazali Hizam; Timbalan Pengarah (Latihan), Bahagian Pembangunan Modal Insan Kementerian Ekonomi, Dr. Siti Nor Baiti Mustafa; serta Pengarah PMTG, Mohd Yusaini Mohamed Ali.

​Pada hari yang sama, YBhg. Datuk Ts. Dr. Mohd Nor Azman turut mengetuai Lawatan Pemantauan Projek di Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB), Kulim, bagi meninjau kemajuan projek pembangunan di institusi tersebut.

​Tujuan utama lawatan adalah untuk memastikan setiap projek yang dilaksanakan mencapai objektif dan mematuhi piawaian yang ditetapkan, di mana taklimat kemajuan status projek Perolehan Peralatan Akademik Robotik telah disampaikan.

​Beliau menegaskan bahawa setiap projek perlu dipantau rapi dari segi pencapaian fizikal dan perbelanjaan kewangan agar selari dengan perancangan yang telah diluluskan oleh kerajaan.

​Lawatan ini menggariskan kepentingan laporan pemantauan yang bukan sahaja menjadi dokumen, tetapi asas kepada tindakan praktikal bagi menjamin kejayaan dan penyiapan projek mengikut jadual.

​Sesi lawatan kerja di PTSB turut disertai oleh Timbalan Setiausaha Bahagian (Seksyen Pembangunan) KPT, Dr. Fary Akmal Osman; Pengarah Bahagian Perancangan Program dan Institusi (BPPI) JPPKK, A. Azman Arshad; dan Pengarah PTSB, Hajah Norlili Juwita Arshad. 

  • Last updated on .
  • Hits: 599
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Friday 24 October 2025, 04:17:19.

sirim-logo