Sinergi Universiti Awam Dan Swasta Percepatkan Pembangunan Negara

Sinergi Universiti Awam Dan Swasta Percepatkan Pembangunan Negara
English translation not available for this content.

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sentiasa mengalu-alukan jalinan kerjasama antara Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) Awam dan Swasta dalam usaha membawa Malaysia lebih maju ke hadapan dalam sektor pendidikan tinggi terutamanya di Sabah.

Demikian ulas Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, YB Datuk Ts. Mustapha Sakmud ketika membuat lawatan rasmi ke University College Sabah Foundation (UCSF) di Kota Kinabalu pagi tadi.

Kolaborasi IPTA dan IPTS yang melibatkan pengalaman, penyelidikan dan kepakaran unik ini mampu menawarkan penyelesaian kepada isu semasa, sekaligus memacu kemajuan negara.

Hasil cetusan idea Bapa Kemerdekaan Negeri Sabah, Tun Datu Haji Mustapha bin Datu Harun, UCSF sepatutnya ditubuhkan lebih awal bagi mewujudkan Kolej Universiti di Sabah dalam usaha meluaskan peluang pendidikan di Negeri Sabah.

Namun demikian penubuhannya berjaya direalisasikan pada tahun 2013 dan sehingga kini mempunyai empat fakulti utama meliputi Fakulti Kajian Pembangunan dan Kepelbagaian Budaya; Fakulti Sains Semulajadi dan Kelestarian; Fakulti Pengurusan dan Keusahawanan; dan Fakulti Seni dan Kreatif Media.

Dalam sesi lawatan di UCSF tadi, YB Timbalan Menteri telah disambut oleh Naib Canselor UCSF, Dr. Rafiq Idris bersama pengurusan tertingginya yang lain dan pelajar-pelajar UCSF yang hadir. 

  • Last updated on .
  • Hits: 842
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Friday 19 July 2024, 10:52:23.