Sesi Perjumpaan KSU KPT Bersama Jabatan, Agensi, UA dan HPU Berkaitan Urusan Perjawatan

Sesi Perjumpaan KSU KPT Bersama Jabatan, Agensi, UA dan HPU Berkaitan Urusan Perjawatan
English translation not available for this content.

20 Oktober 2026 | Putrajaya

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) semalam telah mengadakan perjumpaan strategik bersama Jabatan, Agensi, Universiti Awam (UA) dan Hospital Pengajar Universiti (HPU) bagi menyelaras urusan perjawatan institusi di bawah kementerian.

Sesi perjumpaan yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Ibnu Sina, Aras 17, KPT ini dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Ketua Setiausaha (KSU) KPT. Pertemuan tersebut menghimpunkan barisan Naib Canselor, Pendaftar UA, Pengarah HPU, serta ketua-ketua jabatan dan agensi dengan fokus utama ke arah penyelarasan pengisian jawatan kosong akibat atrisi bagi tahun 2026.

Sebagai simbolik penyelarasan dan kelulusan, YBhg. Datuk KSU KPT turut menyempurnakan penyerahan Surat Kelulusan Pengisian Jawatan Atrisi 2026 kepada wakil daripada 20 buah UA dan 9 buah HPU.

Turut menerima surat kelulusan yang sama adalah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT) dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

Langkah proaktif ini mencerminkan komitmen KPT dalam memastikan kelancaran operasi dan struktur perjawatan yang optimum di seluruh institusi pendidikan tinggi dan agensi kelolaannya demi mengekalkan kualiti penyampaian perkhidmatan.

  • Last updated on .
  • Hits: 70
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Wednesday 21 October 2026, 12:51:08.

sirim-logo