Sesi Libat Urus Pasca Mesyuarat Khas Jemaah Menteri Mengenai RMK13 Kementerian Pendidikan Tinggi- Kementerian Ekonomi

Sesi Libat Urus Pasca Mesyuarat Khas Jemaah Menteri Mengenai RMK13 Kementerian Pendidikan Tinggi- Kementerian Ekonomi
English translation not available for this content.

Sesi libat urus Pasca Mesyuarat Khas Jemaah Menteri mengenai Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13) antara Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dengan Kementerian Ekonomi telah diadakan di sini petang semalam.

KPT telah diketuai oleh Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato' Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir manakala Kementerian Ekonomi oleh Menteri Kewangan II, YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan yang memangku jawatan Menteri Ekonomi.

Turut hadir dalam sesi ini ialah barisan pengurusan tertinggi dari Kementerian Pendidikan Tinggi dan Kementerian Ekonomi.

Sesi libat urus ini bertujuan membincangkan inisiatif-inisiatif berani dan radikal yang digariskan dalam RMK13 di bawah agenda Reformasi Pendidikan.

Kementerian Pendidikan Tinggi menegaskan komitmennya untuk memainkan peranan aktif dalam menyokong reformasi pendidikan negara melalui pembangunan bakat masa hadapan dan pemerkasaan ekosistem Penyelidikan, Pembangunan, Inovasi, Pengkomersialan dan Ekonomi (RDICE) bagi menyokong transformasi industri serta memenuhi keperluan strategik negara. 

  • Last updated on .
  • Hits: 173
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Tuesday 05 August 2025, 07:21:23.

sirim-logo