Sektor Pendidikan Disaran "Berminda Permintaan" Demi Jayakan Ekonomi MADANI

Sektor Pendidikan Disaran "Berminda Permintaan" Demi Jayakan Ekonomi MADANI
English translation not available for this content.

Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin telah menghadiri majlis peluncuran kerangka Ekonomi Madani: Memperkasa Rakyat yang telah disempurnakan oleh Perdana Menteri, YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim di ibu kota pagi tadi.

Kerangka Ekonomi Madani: Memperkasa Rakyat bakal menjadi wadah mengangkat semula darjat dan martabat Malaysia sebagai peneraju ekonomi di rantau Asia Tenggara, di samping memberi limpahan hasil kepada rakyat untuk menikmati kehidupan yang lebih bermutu.

Menurut YAB Perdana Menteri, kerangka Ekonomi MADANI bakal memperkasa seluruh entiti negara dengan iltizam untuk menjayakannya memerlukan kesepaduan bermula dari Rakyat, Kerajaan, pertubuhan bukan Kerajaan dan sektor swasta.

Tambah beliau lagi, setiap kementerian mulai hari ini akan mengumumkan ikhtiar-ikhtiar yang lebih khusus bagi memperkukuh inisiatif baharu kerangka yang diumumkan hari ini.

Sektor pendidikan katanya, perlu mengubah haluan daripada bersifat penawaran (supply driven) kepada berminda permintaan (demand driven) supaya dapat memenuhi keperluan pembangunan negara.

YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim turut menganjurkan agar sektor pendidikan terus meningkatkan hubungan kerjasama dengan industri dan majikan, terutamanya dalam pelaksanaan TVET.

Ujar beliau lagi, "kita kini hidup dalam ekonomi global yang sentiasa berubah dan mencabar, maka perlunya sebuah pendekatan pembelajaran sepanjang hayat yang lebih progresif untuk semua rakyat Malaysia. Kita perlu menyediakan laluan pembelajaran sepanjang hayat dalam apapun kemahiran yang ingin rakyat pelajari, sama ada di universiti, institusi TVET, mahupun kemahiran micro credentials yang diperlukan".

  • Last updated on .
  • Hits: 2071
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Thursday 20 June 2024, 11:05:30.