Sambutan Hari Malaysia 2022 Di Dataran Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan

Sambutan Hari Malaysia 2022 Di Dataran Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan
English translation not available for this content.

YB Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi telah menghadiri Sambutan Hari Malaysia 2022 di Dataran Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan yang dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri di sini, hari ini.

Buat julung kalinya, sambutan Hari Malaysia dianjurkan di luar Sabah dan Sarawak. Pemilihan Dataran Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan di Banda Hilir Melaka kali ini pastinya mengimbau kembali lipatan sejarah tanah air kita.

Banda Hilir Melaka ini pernah menjadi saksi laungan pengisytiharan Kemerdekaan pada 20 Februari 1956, dan tanggal 30 Ogos 1957 pula, langit raya Banda Hilir ini menyaksikan turunnya Bendera Union Jack, tepat jam 6.30 petang.

Pada malam ini, tema busana era 50-an dan 60-an dipilih untuk menghidupkan suasana dan mengembalikan nostalgia ketika seluruh rakyat bersama-sama menyambut pembentukan Malaysia.

Selain busana, sambutan juga diserikan dengan persembahan kebudayaan dan nyanyian artis tempatan bagi menyemarakkan lagi semangat kebersamaan rakyat Malaysia yang baru menyambut Hari Kebangsaan pada 31 Ogos lalu.

Tetamu jemputan utama dan dif-dif kehormat turut menaiki beca untuk ke khemah utama diiringi motosikal antik Vespa, basikal tua serta persembahan pancaragam yang akan mengalunkan lagu-lagu era 50-an ke 60-an.

  • Last updated on .
  • Hits: 3271
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Friday 19 April 2024, 16:56:01.