Menu Keluarga Malaysia Pastikan Pelajar Nikmati Hidangan Dengan Kadar Berpatutan

Menu Keluarga Malaysia Pastikan Pelajar Nikmati Hidangan Dengan Kadar Berpatutan
English translation not available for this content.

Pelaksanaan Menu Keluarga Malaysia di semua kafeteria Kolej Kediaman Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah memberi manfaat kepada 13,179 pelajar (4,215 pelajar lelaki dan 8,964 pelajar perempuan).

YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi berkata, Kerajaan telah memperkenalkan 'Menu Keluarga Malaysia' di premis jualan makanan di seluruh IPT sebagai alternatif bagi golongan sasar mendapatkan hidangan pada harga berpatutan.

“Inisiatif ini dilaksanakan sebagai usaha untuk mengatasi dan mengurangkan beban rakyat terutamanya anak-anak pelajar,” katanya ketika melakukan tinjauan di Kafeteria Kolej Kediaman Tun Fuad (KKTF) UMS bagi memastikan hidangan Menu Keluarga Malaysia di bernilai RM3.50, diberikan dalam kuantiti munasabah dan tidak mengabaikan aspek kualiti makanan.

YB Menteri turut melancarkan Program Kembara Keluarga Simpan SSPN Tahun 2022 Peringkat Negeri Sabah sempena lawatan kerja beliau ke UMS hari ini.

Program ini melibatkan dua puluh lima (25) kawasan dengan jumlah sumbangan sebanyak RM250,000.00 dan setiap kawasan diperuntukkan RM10,000.00.

Selain itu, seramai 100 orang pelajar asnaf di setiap kawasan menerima sumbangan akaun Simpan SSPN Prime bernilai RM100 seorang. Program ini diadakan dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dan pemimpin setempat.

Turut hadir YB Datuk Yakub Khan, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, YBhg Prof Madya Dr. Raman Noordin, TNC (HEP), menjalankan fungski Naib Canselor UMS, YBhg Datuk Dr. Mohd Zabri Yusoff, TKSU (Pengurusan dan Pembangunan), YBhg Prof Dato’ Dr. Husaini Omar, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi dan YBrs Encik Apli Yusof, Pengerusi PTPTN, YBhg Datin Maizatul Akmam Hj Alwi, Pengerusi EMGS.

  • Last updated on .
  • Hits: 3574
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Friday 19 April 2024, 16:56:01.