Rangkuman Hari Ke-2 KPT Di Jelajah AKM Terengganu

Rangkuman Hari Ke-2 KPT Di Jelajah AKM Terengganu
English translation not available for this content.

Pengisian Jelajah AKM KPT di Terengganu pada hari kedua bermula awal dengan para mahasiswa Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah menjalankan beberapa projek turun padang seperti program pembersihan dan kitar semula pesisir Pantai Miami, projek ternakan ikan keli dalam tangki poli, serta kelas pengenalan sukan layar siang tadi.

Jabatan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) pula terus bersama masyarakat sekitar Kolej Komuniti Kuala Terengganu dengan program Outreach PolyCC yang menawarkan kursus-kursus Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) serta perkhidmatan pembaikan asas motosikal secara percuma.

Manakala di Kompleks Sukan Negeri Terengganu, ribuan para pengunjung turut mengambil peluang cuti hujung sekolah yang bermula hujung minggu ini untuk membanjiri reruai KPT (K18) serta klinik bergerak Hospital Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).

Selain itu, PTPTN serta Bahagian Biasiswa KPT turut berkongsi maklumat dan pencerahan mengenai peluang pembiayaan bagi melanjutkan pengajian tinggi dengan para pengunjung yang hadir.

Maghi pakak ghama-ghama #KeluargaMalaysia Ganu, datang ke Kompleks Sukan Negeri Terengganu bagi menyertai kemeriahan jelajah ini yang akan dirasmikan oleh YAB Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob, Perdana Menteri esok.

  • Last updated on .
  • Hits: 4245
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Thursday 18 April 2024, 14:41:25.