Program KPT Sempena JAKM Terengganu Disambut Meriah

Program KPT Sempena JAKM Terengganu Disambut Meriah
English translation not available for this content.

Hari pertama KPT di destinasi keempat Jelajah Aspirasi #KeluargaMalaysia yang diadakan di Terengganu telah disambut meriah oleh seluruh lapisan rakyat negeri ini.

Pelbagai pengisian yang memaparkan perhidmatan dan produk Kementerian, antaranya permohonan kemasukan ke IPTA, demonstrasi TVET dan STEM, persembahan kesenian, semakan kelayakan dan akreditasi, pembiayaan dan simpanan pendidikan, serta pengambilan sukarelawan siswazah telah ditawarkan kepada para pengunjung hari ini.

Hospital Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) juga turut menawarkan perhidmatan pemeriksaan dan saringan kesihatan percuma kepada para pengunjung melalui pasukan klinik bergerak mereka di pekarangan Kompleks Sukan Nasional Negeri Terengganu.

Sebagaimana penganjuran JAKM lalu, KPT melalui semangat KPT Prihatin Keluarga Malaysia telah turun padang untuk melakukan aktiviti khidmat bakti di komuniti-komuniti terpilih sekitar Terengganu.

Antaranya, Program Outreach PolyCC anjuran JPPKK yang telah mengadakan kursus-kursus Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) serta perkhidmatan pembaikan asas motosikal secara percuma bertempat di Kolej Komuniti Kuala Terengganu bermula hari ini.

Manakala Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah mengadakan dua program turun padang bersama komuniti iaitu Explorasi STEM-Learning Robotic with Special Needs Children, serta Keusahawanan Kelulut bersama golongan asnaf.

Jangan lupa bawa ahli keluarga dan kawan-kawan untuk mengunjungi reruai KPT (K18) di Kompleks Sukan Negeri Terengganu esok.

Maghi pakak turung ghama-ghama!!!

  • Last updated on .
  • Hits: 4625
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Friday 14 June 2024, 19:20:56.