Pusat Pembelajaran UKM Perkasa Keterlibatan Antara Masyarakat Dan IPT

Pusat Pembelajaran UKM Perkasa Keterlibatan Antara Masyarakat Dan IPT
English translation not available for this content.

Selari dengan hasrat KPT yang ingin melihat IPT menghidupkan semangat ‘Universiti untuk Rakyat’ (University for Society), penubuhan Pusat Pembelajaran UKM dilihat berperanan besar dalam memperkasakan keterlibatan antara masyarakat dan IPT.
YBhg Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi berkata, penubuhan Pusat Pembelajaran UKM bakal membuka akses pendidikan yang lebih luas kepada penduduk setempat dan kawasan sekitar bukan sahaja untuk melanjutkan pengajian dalam program-program akademik, tetapi juga kursus pendek berbentuk formal dan tidak formal bagi meningkatkan kemahiran.

“Universiti dengan komuniti ialah dua entiti yang tidak dapat dipisahkan kerana banyak penyelidikan dan juga program yang dilaksanakan telah menyumbang kepada kemakmuran masyarakat. “Tahniah kepada UKM yang telah merancang dengan rapi pelbagai jenis program untuk ditawarkan melalui Pusat Pembelajaran ini.
“Tidak terhad kepada program pengajian di tahap prasiswazah, siswazah dan kedoktoran, pelbagai kursus kemahiran jangka pendek seperti sijil profesional dan microcredentials turut ditawarkan,” katanya ketika berucap merasmikan Pusat Pembelajaran Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Parit Sulong, di sini hari ini.

Turut hadir YBhg Dato Seri Abdul Razak Jaafar, Ketua Setiausaha KPT, YBhg Dato’ Dr. Megat Sany Megat Ahmad Supian, TKSU (Dasar), YBhg Prof Dato’ Dr. Husaini Omar, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi dan YBhg Prof. Datuk Dr. Ekhwan Toriman, Naib Canselor UKM. Terdapat tiga kursus pendek yang ditawarkan di Pusat ini iaitu Kursus Asas Perakaunan bagi Peniagaan Kecil, Kursus Pendidik Abad Ke-21 dan Kursus Penuaan dan Rehabilitasi Geriatrik (SP-PR).

  • Last updated on .
  • Hits: 3925
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Thursday 03 October 2024, 04:17:23.

sirim-logo