PTPTN Run 2024 Tarik 3,000 Penyertaan Warga Kota

PTPTN Run 2024 Tarik 3,000 Penyertaan Warga Kota
English translation not available for this content.

PTPTN Run 2024 yang berlangsung di Dataran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di ibu negara pagi tadi telah berjaya menarik penyertaan kira-kira 3,000 warga kota pelbagai umur dan kaum.

Pelepasan larian telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), YBhg. Dato' Dr. Haji Megat Sany Megat Ahmad Supian, Ahli Lembaga Pengurusan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Datuk Haji Ruji Haji Ubi; serta Timbalan Pengerusi Koperasi Pusat Pungutan Zakat (KoPPZ), Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan, Tuan Haji Khairulazhar Samsudin.

Menurut PTPTN, program ini diharap dapat meningkatkan kesejahteraan masyarakat dan produktiviti negara. Selain larian, acara ini turut menawarkan aktiviti seperti senamrobik, kuiz dan cabutan hadiah bernilai RM10,000.

Penganjuran program sebegini turut menyerlahkan komitmen KPT serta agensi-agensinya dalam menyokong komuniti sihat dan produktif untuk masa depan negara.

Hadir sama Ketua Eksekutif PTPTN, Ahmad Dasuki Abdul Majid. 

  • Last updated on .
  • Hits: 1877
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Thursday 06 February 2025, 10:09:29.

sirim-logo