PTPTN Diseru Terus Bantu Rakyat Gapai Impian Ke Menara Gading

PTPTN Diseru Terus Bantu Rakyat Gapai Impian Ke Menara Gading
English translation not available for this content.

Di sebelah petang pula, YB Menteri bersama YB Timbalan telah meneruskan siri kunjungan rasmi mereka ke agensi-agensi di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dengan ibu pejabat Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) pula sebagai destinasi.

Kehadiran YB Dato' Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir dan YB Datuk Ts. Mustapha Sakmud telah diraikan dengan meriah oleh Pengerusi PTPTN, Datuk Norliza Abdul Rahim serta seluruh warga agensi yang lain.

Melalui sesi pembentangan pencapaian dan hala tuju oleh Ketua Eksekutif PTPTN, Ahmad Dasuki Abd. Majid, YB Menteri telah mendapat gambaran lebih jelas mengenai fungsi dan peranan agensi tersebut sebagai penyedia pembiayaan pendidikan tinggi negara.

Selain itu, YB Dato' Seri Diraja Dr. Zambry turut mencadangkan beberapa solusi bagi menangani pelbagai isu serta cabaran dalam memperkasakan peranan PTPTN agar terus mampan dalam membantu mahasiswa watan mencapai impian ke menara gading.

Hadir sama Setiausaha Bahagian, Bahagian Biasiswa KPT, Marhanum M. Haniff; serta Ketua Unit, Unit Pengurusan Prestasi dan Penyampaian Pendidikan Tinggi (HEAD) KPT, Prof. Dr. Zainal Amin Ayub. 

  • Last updated on .
  • Hits: 969
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Tuesday 09 April 2024, 09:42:49.