EMGS Teraju Agenda Pengantarabangsaan Pendidikan Tinggi Negara

EMGS Teraju Agenda Pengantarabangsaan Pendidikan Tinggi Negara
English translation not available for this content.

Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato' Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir telah mengadakan lawatan rasmi ke ibu pejabat Education Malaysia Global Services (EMGS) di Kuala Lumpur pagi tadi.

Beliau yang diiringi oleh Timbalannya, YB Datuk Ts. Mustapha Sakmud telah membincangkan mengenai agenda pengantarabangsaan pendidikan tinggi negara bersama pengurusan tertinggi EMGS.

Menyantuni YB Menteri dan YB Timbalan adalah Pengerusi EMGS, YBrs. Dr. Razak Ahmad serta Ketua Pegawai Eksekutif EMGS, Novie Tajuddin.

Semasa sesi pembentangan berkenaan pencapaian dan perancangan EMGS, YB Dato' Seri Diraja Dr. Zambry telah mengutarakan beberapa pandangan berkaitan menaikkan lagi reputasi sektor pendidikan tinggi Malaysia di persada global.

Usaha tersebut perlu dimantapkan bagi menarik minat lebih ramai pelajar antarabangsa dari negara-negara berpotensi, serta meneroka peluang pembukaan kampus universiti-universiti berprestij dari luar negara di Malaysia.

Hadir sama Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan) Kementerian Pendidikan Tinggi, Encik Mohamad Azhan Md. Amir; serta Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Jabatan Pendidikan Tinggi, YBrs. Prof. Dr. Azlinda Azman. 

  • Last updated on .
  • Hits: 521
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Tuesday 09 April 2024, 09:42:49.