Program Industry On Campus Terap Konsep MADANI Dalam Membangunkan Modal Insan Malaysia

Program Industry On Campus Terap Konsep MADANI Dalam Membangunkan Modal Insan Malaysia
English translation not available for this content.

Seusai majlis di PMTG, YBhg. Dato’ Seri KSU telah bergegas ke Baling bagi merasmikan Program Industry on Campus (IOC) Kolej Komuniti Baling Kedah (KKBK), petang tadi.

Ketika menyampaikan ucapannya beliau berkata, pelaksanaan program IOC ini seiring dengan inspirasi daripada dasar peringkat nasional yang telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri iaitu “Membangun Malaysia MADANI”.

Jelasnya, dengan berpaksikan falsafah negara MADANI ini, Prinsip 3K - Kebajikan, Keharmonian dan Keberkatan dijadikan asas prinsip bekerja yang baharu untuk menunjangi peralihan pengurusan yang mampan.

“Kolaborasi di antara pihak Kerajaan dengan pihak industri seperti ini amat diperlukan dalam membangunkan modal insan Malaysia.

“Dengan kepesatan teknologi yang semakin rumit, di mana setiap masalah saling berkait dengan masalah lain, dan masih belum menemui penyelesaian yang segera dan mudah, kemunculan dron, robot, kecerdasan buatan atau AI, cetakan 3D, dan kejuruteraan genetik semuanya sedang merubah dunia kita,” tambahnya.

Justeru kata beliau, KPT melalui JPPKK mengambil inisiatif menerapkan konsep MADANI iaitu kemampanan, kesejahteraan, daya cipta,nilai hormat, keyakinan, dan ihsan yang menjadi kata kunci kepada sebuah agenda rakyat untuk membina masa hadapan yang madani buat Malaysia dengan penyuntikan elemen IOC ke dalam POLYCC.

  • Last updated on .
  • Hits: 2778
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Friday 19 July 2024, 10:52:23.