Program Bicara Kemerdekaan Isi Sambutan Bulan Kebangsaan Dan Hari Malaysia Peringkat KPT

Program Bicara Kemerdekaan Isi Sambutan Bulan Kebangsaan Dan Hari Malaysia Peringkat KPT
English translation not available for this content.

Bersempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) Peringkat Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) tahun ini, Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP) KPT tengah hari tadi telah menganjurkan program Bicara Kemerdekaan yang telah dihadiri oleh ramai warganya.

Program tersebut telah dijayakan oleh Ketua Pustakawan, Kementerian Kesihatan Malaysia, Faizal Hilmie Yusof yang telah mengupas tajuk 'Jiwa Merdeka: Manuskrip Melayu Menandai Kegemilangan Peradaban Silam'.

Penganjuran program itu tadi bertujuan untuk menyemarakkan dan menyuburkan semangat patriotisme dalam kalangan warga Kementerian.

Hadir sama Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan) KPT, YBrs. Mohamad Azhan Md. Amir; Setiausaha Bahagian, BKP KPT, Fazli Said; serta para pelajar Politeknik Nilai. 

  • Last updated on .
  • Hits: 1072
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Friday 14 February 2025, 10:50:43.

sirim-logo